Tuesday, March 10, 2015

AMALAN BERPANTANG

Pantang bagi setengah orang sangat menyusahkan tapi aku enjoy je berpantang ni. Enjoy mostly sebab ada orang tolong urutkan dan mak masak sedap2 (bila nak kurus ni??) J Both pantang anak 1st and 2nd kat Kedah. Entry ni nak cerita pasal amalan berpantang ikut cara orang sini for my own future reference and maybe those yang tak pernah ada experience. Also some reviews on set berpantang Tanamera and Leesa Formula.

AMALAN BERPANTANG YANG DIAMALKAN (personal experience):

  1. BERURUT – selama 3 hari berturut-turut. Function dia untuk melancarkan peredaran darah, mengeluarkan darah kotor, buang angin, mengecutkan rahim dan mengelakkan meroyan. Lepas urut memang terasa banyak darah keluar..makcik urut ni nama Cik Yah mmg hebat. Before urut rasa sakit kat belah kiri (dia cakap rahim "lari" or senget ke kiri). pastu lepas dia urut terus hilang sakit. Tapi hazab la masa urut tu! Hazab lagi satu masa dia tekan kat tempat cucuk epidural. Ya Allah sakit! dia ckp kalau tak keluarkan nanti sakit belakang. Pasrah je la....
  2. MANDI HERBA – sekarang ni dah banyak jual sekali dengan set berpantang. I bought set berpantang Tanamera so ada sekali herbal bath yg dlm paket, rebus je and mandi pakai air rebusan tu. Senang! Tapi, aku cuma guna Tanamera Herbal Bath ni after 2 weeks confinement sebab mak sediakan air rebusan daun serai, inai, pandan, dan macam2 daun lain during the first 2 weeks tu..kat kampung senang la nak carik daun2 tu. Kat KL kang kene pegi FRIM pulak nak carik daun2 tu :D
  3. AIR GARAM/FEMININE HERBAL WASH – rendam miss V with air garam (dalam 10-15 min) macam yang hospital suruh sebagai antiseptic bunuh kuman and cepatkan proses penyembuhan luka.. Tanamera feminine Herbal Wash guna after 14 days..
  4. BERTUNGKU – amalan ni lain negeri, lain cara dia. Sekarang pun dah ada tungku moden panaskan pakai elektrik/stim/microwave etc yg bole beli dgn set berpantang. Orang negeri lain guna “batu sungai” tapi kat Kedah ni pakai “batu besi”. Tiap2 pagi mak akan panaskan guna api dapur, pastu akan balut dengan daun mengkudu and kain batik. Lepas berurut dan mandi herba, start la bertungku tu. Fungsi dia untuk kecutkan rahim, bagi badan panas, keluarkan darah kotor dan keluarkan angin.
  5. BERBENGKUNG – fungsi dia untuk kempiskan perut (banyak fungsi lain lagi kot). Lepas dah bertungku, kene pakai bengkung plak. Tapi pantang kali ni tak pakai bengkung pun, pakai corset je. Corset murahan beli kat Pasaraya Yawata Jitra lepas offer RM55 je. Tiap2 malam sebelum tidur sapu kapur + limau nipis kat perut then pakai corset tu.
  6. STOKING/SOCKS dan MINYAK PANAS – stoking/socks mmg setiap masa pakai sebab takut sejuk (padahal Kedah panas gila kot!). Minyak panas ni sapu lepas mandi kat betis, tapak kaki and perut.

SET BERPANTANG FOR 2ND CONFINEMENT:

Brand
Item
Price (RM)
Review
Tanamera
Virgin Coconut Oil (VCO)
102.00
Minum since 37-week pregnant lagi utk mudahkan bersalin. Berjaya minum sikit je sbb malas :D
Brown Formulation Soap
Ganti sabun/shower foam. Sgt best sebab ala2 scrub..
Herbal Feminine Wash
Ganti normal feminine wash. Sgt best sebab cepat sembuhkan luka jahitan and segar je lepas tu..
Herbal Bath
Badan jadi wangi je.. sgt best! But as mentioned above, Cuma guna lepas 14 hari. Awal2 tu guna daun2 yang mak rebus..
Yusmira
Minyak Panas (Halia + Limau Nipis)
20.00
Utk sapu kat tapak kaki, betis or mana2 tempat yg rasa sengal.
Leesa Formula
Tablet Haruan Complex
49.00
Tak sanggup telan pati ikan haruan, so pil ni mmg membantu cepatkan penyembuhan luka jahitan faraj..
Tablet Prawan
75.00
Masa 1st confinement tak makan pun, yang 2nd ni gatal nak try. Try pun lepas baby confirmed jaundice/kuning dah kurang sbb takut panas. Kesan paling obvious sekali lepas makan pil ni adalah nak buang air senang :p Dalam website Leesa Formula dia claim benefits as below:
·Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.
·Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.
· Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.
· Mencegah masalah meroyan.
·Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.
·Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bias-bisa tulang.
TOTAL
RM 246


So that's it. Sekarang ni dah sebulan dah pantang. Ada lagi 14 hari je nak merdeka yuuhhuuu!! Pastu nanti balik KL lepas 100 hari nak start exercise! Berat sebelum beranak 62 kg. Lepas 1 week jadi 55 kg. Ni dah sebulan jadi 53 kg. Ada lagi 6 kg nak kene turun! Mampukah??

No comments:

Post a Comment